Categories
SELANGOR

KUIS-YAPIS meterai MoU untuk pembangunan pendidikan

OLEH HAFIZAN TAIB

BANDAR SERI PUTRA, 11 MAC: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama dalam pembangunan pendidikan aliran tahfiz serta pengajian Islam.

MoU antara kedua pihak berlangsung di Dewan Senat, KUIS akhir Februari lalu mencatat sejarah tersendiri dan memberi manfaat besar terhadap dunia pendidikan di Selangor.

KUIS2KUIS dalam kenyataannya menjelaskan perjanjian itu dilakukan berdasarkan persefahaman antara pendidikan dalam aliran tahfiz serta pengajian berkenaan ilmu al-Quran dan Islam.

“Di samping itu, KUIS dan YAPIS bersama-sama dapat mengadakan pertukaran idea dan pengetahuan dalam pembangunan pengajian tahfiz al-Quran bagi tahap pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Majlis menandatangani MoU membabitkan Rektor KUIS, Prof Datuk Dr Ab Halim Tamuri dan Pengarah YAPIS, Dr Halimah Ali sambil disaksikan Prof Zainal Abidin Kidam dan Dr Mohamad Syukri Abdul Rahman.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.