Categories
NASIONAL

Pakatan tetap pendirian ganti Najib dan kerajaan Umno-BN

OLEH : HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Pakatan menolak dakwaan Deklarasi Rakyat ditandatangani sekadar bertujuan menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) yang lain.

Sebaliknya, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pendirian Pakatan adalah untuk membuat perubahan bagi mengubah dan menggantikkan kerajaan ditadbir Umno-BN.

PakatanKatanya, apa dinyatakan mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir bahawa Perdana Menteri harus dilantik daripada kalangan pemimpin Umno-BN adalah pandangan peribadinya.

“Itu pandangannya, apa kita tekankan adalah perubahan kerajaan dan kita berada di pihak atau blok terbesar maka kita mempunyai peluang memilih.

“Begitu juga Dr Mahathir, beliau tidak kuat dan memerlukan bantuan kita,” katanya mengenai dakwaan Pakatan dan pembangkang memerlukan pertolongan mantan Perdana Menteri itu bagi menggerakkan deklarasi berkenaan.

Beliau berkata, perlantikan Perdana Menteri daripada Pakatan juga tidak menjadi isu sama ada dipersetujui Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin Umno-BN lain kerana ia adalah permintaan rakyat.

“Ketetapan memperjuangkan pembebasan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agenda utama dan pendirian Dr Mahathir sama ada bersetuju atau tidak dalam perkara itu tidak timbul.

“Kejayaan pembebasannya adalah reformasi terbesar dilakukan di negara ini,” katanya.

Berhubung deklarasi ditandatangani tidak menyentuh soal pembebasan Anwar, katanya, perkara itu terkandung di dalam reformasi diperjuangkan Pakatan selama ini.

Ketua Sekretariat Pakatan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, semua parti di dalam gabungan itu sudah menggerakkan reformasi untuk perubahan di dalam sistem pentadibran kerajaan di negara ini dalam tempoh agak lama.

“Deklarasi Rakyat ditandatangani melalui perbincangan antara semua parti menyertainya dan ia tidak hanya berakhir begitu sahaja.

“Bagi Pakatan kita meneruskan apa digariskan selama ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.