Categories
SELANGOR

Peminat yakin Red Giants bangkit mencabar

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 MAC: Selangor diyakini akan bangkit memberi cabaran getir kepada pasukan lain apabila saingan Liga Super disambung kembali pada 5 April ini.

Presiden Selangor Soccer Fan Club (SSFC), Mohd Haniff Manzoor, berkata jadual padat ditempoh sebelum ini mungkin menjejaskan sedikit persembahan The Red Giants yang bermula dengan cemerlang pada aksi awal liga.

HANIF“Kita tahu prestasi Selangor dalam empat perlawanan terakdhr merudum sedikit tetapi kita tidak boleh menyalahkan pemain sepenuhnya.

“Ini kerana faktor kepenatan dan kepadatan jadual membabitkan perlawanan Liga Super, Piala FA termasuk Piala AFC namun ia bukan alasan dan saya yakin Selangor boleh meningkatkan prestasi bagi menghadapi perlawanan akan datang,” katanya kepada SelangorKini.

Haniff yakin pertemuan dengan Kedah di Stadium Shah Alam, 5 April ini adalah detik terbaik untuk Merah Kuning kembali garang dan Ketua Jurulatih, Zainal Abdin Hassan, pasti menggunakan tempoh rehat ketika ini bagi merangka strategi berguna untuk mencipta kemenangan.

Beliau berharap semua peminat Selangor terus memberikan sokongan supaya pemain boleh mempamerkan aksi mantap dan mengenepikan pasukan lain dalam memburu kejuaraan.

Noor Azman Abbas juga berpandangan sama dengan Zainal perlu diberi ruang dalam membentuk pasukan mantap bagi menghadapi saingan liga yang masih panjang serta Piala AFC seterusnya Piala Malaysia.

AZMAN“Zainal perlu diberi peluang untuk terus membimbing pasukan tambahan liga masih di peringkat awal.

“Saya yakin Selangor boleh mempamerkan aksi cemerlang kerana majoriti pemain adalah yang sama pada musim lalu,” katanya.

Katanya, tempoh rehat ini memberi ruang pasukan membentuk gandingan kukuh serta memulihkan kecederaan dan kecergasan pemain.

“Jika pemain dapat membentuk keserasian dan bermain sebagai satu pasukan, Selangor mampu memenuhi sasaran ditetapkan pengurusan,” katanya.

Juara Piala Malaysia musim lalu itu kini menduduki tangga ketiga Liga Super dengan 10 mata di belakang JDT dan Felda United.

Prestasi The Red Giants menjadi bualan ramai apabila dalam empat perlawanan terakhir akhir mencatat tiga kekalahan ketika bertemu PDRM dalam Piala FA (2 – 1) 5 Mac, Tampines Rivers (1 – 0) pada 8 Mac dalam Piala AFC serta dengan Terengganu (3 – 1) dalam aksi liga pada 11 Mac.

Selangor hanya mencatat kemenangan ketika bertemu Sheikh Jamal Dhanmondi (4 – 3) di Bangladesh, 15 Mac lalu bagi menghidupkan peluang dalam Piala AFC.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.