Categories
NASIONAL

Isu pendakwaan pimpinan pembangkang dibawa ke Dewan Rakyat

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 14 MAC : Usul pendakwaan berterusan dikenakan terhadap pembangkang dan aktivis rakyat bakal dikemukakan ke sidang Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin merujuk kes terbaru berhubung pemenjaraan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Yahya Sahri bersabit isu derma RM50,000 sempena sambutan meraikan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat, lapan tahun lalu.

zuraida speech oren 01“Kita kemukakan perkara ini di Parlimen memandangkan banyak pendakwaan dikenakan terhadap pimpinan pembangkang sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan kunjungan di kediaman keluarga Yahya di Taman Samudera Batu Caves.

Ketetapan itu turut dipersetujui Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali dan beberapa pimpinan KEADILAN yang turut hadir pada sesi kunjungan itu.

Pentadbiran Putrajaya kini dilihat ‘rakus’ mengenakan pelbagai pendakwaan dengan lebih 280 kes melibatkan pimpinan tertinggi parti pembangkang, aktivis, NGO, peguam, mahasiswa dan ramai lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.