Categories
SELANGOR

Penganjur MWM gembira sambutan menggalakkan peserta wanita

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 10 MAC: Penganjur Malaysia Women Marathon (MWM) 2016 gembira terhadp sambutan menggalakkan daripada golongan itu untuk menjayakannya selama empat tahun berturut-turut.

Pengurus Komunikasi Korporat Tourism Selangor, Ahmad Nazri Tashriq Rahmat, berkata penganjuran kali ini memberikan inspirasi semangat persaudaraan wanita memandangkan terdapat beberapa perubahan termasuk laluan larian baru.

MWM a“Angka penyertaan wanita kali ini memberikan inspirasi kerana kita meraikan Hari Wanita Sedunia dua hari lebih awal.

“Dengan penutupan beberapa jalan, pelari berjaya menamatkan saingan penuh selama enam jam 30 minit,” katanya dalam kenyataan.

Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahun.

Peserta larian MWM 2016 bermula di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dilepaskan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sambil diiringi isteri, Datin Seri Shamshida Taharin.

Mohamed Azmin memuji inisiatif Tourism Selangor kerana menganjurkan MWM secara tahunan bahkan Kerajaan Negeri menghargai keupayaan wanita dan memastikan peranan wanita terus diperkasakan.

MWM 2016 melintasi Kota Kemuning dan bandar Rimbayu menerusi Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) sebelum kembali ke pusat bandar sejauh 42 kilometer.

Selain itu, MWM 2016 turut melibatkan acara Etiqa Halaf Marathon sejauh 21 kilometer, larian 10 kilometer dan 5 kilometer fun run.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.