Categories
NASIONAL

Teruskan pencarian tragedi MH370 – Nurul Izzah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 10 MAC : Persoalan mengaitkan tragedi pesawat MH370 perlu diperjelaskan supaya tidak timbul spekulasi berkenaan kehilangannya, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Katanya, selepas dua tahun tragedi berlaku, kerajaan masih gagal mencari penyelesaian terbaik sekali gus menimbulkan persoalan kepada ahli keluarga mangsa terbabit.

Nurul-Izzah“Saya sempat menghadiri acara memperingati peristiwa kehilangan MH370, Ahad lalu di Publika kelolaan anggota keluarga penumpang berserta krew Malaysia Airlines (MAS) yang terlibat dalam tragedi.

“Jelas isu utama yang dibangkitkan adalah jawapan kepada kehilangan pesawat terbabit dan kepentingan penyelesaian misteri itu supaya tragedi sama tidak berulang,” katanya kepada SelangorKini.

KEADILAN sebelum ini menggesa Kerajaan Persekutuan mengeruskan misi pencarian pesawat Boeing 777 itu walaupun terpaksa melakukannya bersendirian.

Gesaan berkenaan dikeluarkan ekoran kenyaataan Joint Agency Coordination Center (JACC) menegaskan China dan Australia bersetuju tidak akan meneruskan misi pencarian pesawat itu.

Bagaimanapun, tindakan terbabit memperlihatkan unsur penafian kepada keluarga mangsa yang masih menuntut jawapan kepada tragedi tersebut.

MH370 dalam penerbangan ke Beijing China hilang tanpa jejak pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.