Categories
NASIONAL

Perhimpunan bantah GST dirancang 2 April

OLEH : HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Perhimpunan Mansuh Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bakal dianjurkan pada 2 April ini bagi mengingati setahun pelaksanaan cukai itu.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata rakyat yang mahukan perubahan diseru bersama-sama menyemarakkan perhimpunan itu.

bantah-gstKatanya, bagi penganjuran Perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia, semua pihak dan tokoh termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Umno dipelawa bersama-sama pemimpin Pakatan untuk mengembeleng sokongan rakyat menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

“Perhimpunan terbabit adalah terbuka dan boleh disertai pemimpin dan sesiapa sahaja yang berkongsi tujuan sama bagi mengubah keadaan di negara ini,” katanya dalam sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di sini, semalam.

Dalam pada itu, Presiden AMANAH, Mohmad Sabu dilantik untuk mengetuai jawatankuasa penganjuran kedua-dua perhimpunan berkenaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.