Categories
NASIONAL

Hadkan tempoh kuasa PM kepada dua penggal

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 8 MAC : Kuasa Perdana Menteri perlu dihadkan selama dua penggal sahaja bagi memastikan negara tidak ditadbir pemimpin diktator dalam masa panjang.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, berkata ia juga bagi memastikan tiada undang-undang autokratik dilaksanakan bagi menindas suara penentang.

NAJIB BANGLADESHKatanya, di bawah pentadbiran Umno Barisan Nasional (BN) menyaksikan pentadbiran negara kini seolah-olah diterajui kepimpinan ala-diktator apabila individu tidak sehaluan menerima tekanan daripada kerajaan pentadbir.

Antaranya melalui pendakwaan Akta Hasutan khususnya kepada pimpinan pembangkang, aktivis dan mahasiswa.

“Umno melahirkan seorang Perdana Menteri di bawah regim Mahathir selama 22 tahun, seterusnya Najib Razak yang masih kekal mentadbir walaupun majoriti rakyat mendesak pengundurannya,” katanya dalam kenyataan media.

Zuraida berkata tumpuan seluruh anggota masyarakat perlu difokuskan bagi menolak pemimpin Umno BN ke arah pembentukan negara lebih baik.

“Negara kita sedang berada dalam keadaan reput dan rosak, dari teruk ke lebih teruk selepas hari demi hari.

“Ianya hanya boleh diselamatkan apabila kita mengeluarkan pemimpin yang berkuasa ini supaya kerja pemulihan dapat dilakukan segera,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.