Categories
SELANGOR

Piala AFC: Selangor tetap berpeluang

OLEH: HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 9 MAC: Selangor masih berpeluang layak ke pusingan 16 terakhir dalam Piala AFC biarpun mengalami kekalahan kepada Tampines Rovers malam tadi.

Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan, berkata bagi mencapai sasaran itu skuad Merah Kuning perlu meraih sekurang-kurang sembilan mata daripada baki empat perlawanan dengan sasaran mendapat mata penuh di gelanggang sendiri.

coach zainal -web3“Kita masih berpeluang kerana kita ada lagi dua perlawanan di laman sendiri di mana mesti mengumpul mata penuh dan perlu berusaha mendapat tiga mata di tempat lawan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang Tampines Rovers di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di sini.

Dalam perlawanan itu, Tampines Rovers dari Singapura menewaskan Selangor 1 – 0.

Selangor seri 2 – 2 ketika bertemu Ceres FC di Filipina, 23 Februari lalu dan akan ke Bangladesh pada 15 Mac ini menentang Sheikh Jamal.

Zainal mengakui pemain berusaha gigih dan menguasai perlawanan tetapi sedikit kesilapan memberi ruang kepada pasukan lawan menjaringkan gol mudah.

Faktor keletihan juga mempengaruhi permainan pasukannya dan ia sedikit sebanyak menjejaskan persembahan dalam perlawanan berkenaan.

afc 2“Kesebelasan utama bermain tujuh perlawanan dalam 19 hari dan dalam perlawanan Piala FA tempoh hari jelas nampak mereka keletihan.

“Bila ketinggalan saya terpaksa menukar strategi dan pertukaran pemain tetapi malangnya tidak menjadi,” katanya berharap mampu menyiapkan pasukan untuk perlawanan bertemu Terengganu dalam aksi Liga Super di Kuala Teremgganu 11 Mac ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Tampines Rovers, V Sundram Moorthy berpuas hati dengan persembahan pemainnya hingga berjaya menundukkan Selangor.

“Kita berusaha gigih untuk kemenangan ini kerana Selangor pasukan bagus dengan senarai pemain berkualiti.

“Ternyata kita berjaya dan bersedia untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.