Categories
SELANGOR

Red Giants azam tumbangkan PDRM malam ini

SHAH ALAM 4 MAC: Red Giants berazam mengekalkan rentak kemenangan dalam aksi pusingan ketiga Piala FA menentang pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Ketua Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan, berkata Red Giants dijangkan menurunkan kesebelasan utama dalam perlawanan itu.

FA Sel1“Misi Selangor ialah untuk melepasi saingan ini, jadi pemain terbaik dipertaruhkan. Kami turut mengharapkan jentera serangan diketuai Patrick Ronaldinho Wleh mampu terus mengganas.

“PDRM adalah pasukan yang harus diawasi kerana mempunyai jentera serangan yang agak baik, namun kami berada pada momentum yang bagus ketika ini,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau turut memberi amaran kepada anak buahnya untuk mengekalkan rentak dan disiplin tinggi bagi elak diaibkan PDRM.

Sementara itu, Zainal turut memberikan teguran kepada pemainnya yang disifatkan lambat panas dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Menurutnya, perkara tersebut cuba diatasi segera bagi memastikan pemain berada pada prestasi sepatutnya seterusnya membolehkan sasaran skuad Merah Kuning dalam saingan Liga Malaysia musim ini tercapai.

“Saya berusaha keras untuk membetulkan situasi lambat panas mereka dalam perlawanan akan datang.

“Buat masa ini selaku jurulatih saya berpuas hati dengan peningkatan prestasi dipamerkan The Red Giants tapi masih banyak lagi aspek yang harus ditingkatkan memandangkan masih terlalu awal dan perjalanan Liga Malaysia masih jauh,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.