Categories
NASIONAL

PAS: Adakah Umno-BN parti bermaruah?

Oleh : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 MAC : PAS hari ini menuntut Parlimen dibubarkan bagi menyelesaikan segala pertikaian membabitkan pentadbiran Umno Barisan Nasional (BN).

Naib Presidennya, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata gesaan itu perlu dilaksanakan bagi membuktikan Umno BN sebagai parti bermaruah.

Iskandar Samad“Apabila berhadapan keadaan seperti hari ini, mana-mana kerajaan bermaruah memanggil pilihan raya untuk membuktikan mereka masih mendapat sokongan rakyat.

“Tetapi adakah pentadbiran Umno BN sekarang adalah kerajaan bermaruah?” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Iskandar berkata, hanya dengan pilihan raya semula sahaja dapat memulihkan imej negara apabila rakyat diberi peluang memilih kerajaan baru bebas rasuah dan korupsi.

“Tuntutan PAS ini jelas menunjukkan PAS mahu PM dan Umno BN ditukar,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.