Categories
SELANGOR

Red Giants tekad kekal fokus bangkit semula

SHAH ALAM 12 MAC: Skuad Bolasepak Selangor sudah mengenalpasti kelemahan utama yang membawa kepada keputusan tewas tiga perlawanan berturut-turut dalam aksi Piala FA, Piala AFC dan saingan Liga Super.

Pengurus Skuad Liga Super Selangor, Amirudin Shari, berkata kelekaan pada awal dan hujung permainan dalam beberapa perlawanan digunakan sepenuhnya oleh pasukan lawan.

RED GIANTSKatanya beliau kekal percaya pemain dan barisan kejurulatihan memberikan komitmen penuh dan ini juga wajar diambil kira.

“Saya akan bertemu Zainal Abidin Hassan sebelum skuad Selangor berlepas ke Dhaka esok bagi perlawanan ketiga Piala AFC. Tentunya agenda adalah untuk memperbaiki kelemahan utama dan memperkemaskan taktikal pasukan.

“Saya optimis pemain tetap fokus dan bangkit untuk memberikan cabaran dalam Liga Super dan juga Piala AFC,” kata Amirudin dalam kenyataan media.

Beliau berkata sokongan daripada penyokong setia yang sentiasa percaya pada skuad Merah Kuning juga menjadi pembakar semangat buat pemain.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.