Categories
SELANGOR

Selangor Food Stamp dijangka bermula Jun 2016

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 MAC: Program bantuan makanan asas ‘Selangor Food Stamp’ dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya sebelum Ramadan pada Jun depan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata program terbabit masih di peringkat perbincangan dan pengumpulan input daripada semua pihak.

DaroyahKatanya, sejumlah RM3 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program itu yang memfokuskan kepada usaha membantu rakyat termiskin di seluruh negeri.

“Sasaran kita adalah bagi memastikan golongan ini mendapat bantuan makanan tanpa berlapar.

“Kita menyasarkan lebih 5,000 keluarga termiskin layak menerima bantuan makanan percuma itu,” katanya menjawab soalan mulut ADN Taman Medan, Haniza Talha pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Pada masa sama, Daroyah berkata, program terbabit berbeza dengan konsep program Jom Shopping ketika perayaan.

Sebaliknya, Food Stamp memberi kupon makanan kepada peserta berkelayakan setiap bulan untuk ditebus di pusat khidmat atau pasar raya terpilih.

SELANGOR FOOD STAMP“Melalui kupon itu, mereka boleh menuntut makanan jenis kering dan kita akan putuskan nanti sama ada di pusat khidmat atau kedai runcit yang kita jadikan ‘rakan’ dalam program ini,” katanya.

Sebelum ini, Daroyah mahu setiap Ahli Dewan Negeri (ADN) menyenaraikan keluarga termiskin di kawasan masing-masing sebelum layak menerima sumbangan itu setiap bulan.

Ia adalah program terbaru di bawah dasar Smart Selangor yang peduli hal kebajikan rakyat.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.