Categories
SELANGOR

Penerima Smart Selangor Food Stamp Batu Tiga terima ‘bonus’ tambahan

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 JUN: Seramai 100 penerima Smart Selangor Food Stamp DUN Batu Tiga menerima bonus tambahan hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, berkata kesemua penerima terus didaftarkan di bawah program kemahiran diri bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan atas talian (online).

SELANGOR FOOD STAMP (1)Katanya, program berkenaan akan dijalankan selama enam bulan sebelum peserta diberikan modal untuk memulakan perniagaan daripada rumah.

“Kita sudah lakukan ‘survey’ ke atas 100 penerima ini dan mendapati mereka mempunyai bakat tetapi tidak tahu tempat yang mampu mengoptimakan potensi diri mereka.

“Maka, kita mengambil langkan intensif ini bagi memberi peluang mereka meningkatkan taraf hidup masing-masing,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, beliau melancarkan program Smart Selangor Food Stamp DUN Batu Tiga dan menyampaikan bantuan kepada penerima di Dewan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di sini, hari ini.

Selain program kemahiran diri, penerima juga berpeluang memilih dua pasang pakaian hari raya hasil sumbangan orang ramai.

“Alhamdulillah, masyarakat di sini sentiasa melibatkan diri untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Diharap sumbangan diterima hari ini mampu mengurangkan bebanan penerima sempena Ramadan dan Syawal nanti,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

SmartSelangor Food Stamp bantu 5,600 keluarga kurang mampu

OLEH : HAFIZAN TAIB

SUNGAI BESAR, 20 MEI: Program bantuan makanan asas “#SmartSelangor Food Stamp” 2016 dilancarkan Kerajaan Negeri hari ini bagi membantu golongan kurang berkemampuan di seluruh Selangor.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata program bantuan bulanan itu adalah yang pertama seumpama diperkenalkan sebuah Kerajaan Negeri di negara ini.

IMG_6221“Selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri seperti mana dibentangkan dalam Belanjawan 2016, kita peruntukkan RM3 juta untuk membantu 5,600 keluarga di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

“Kita menyasarkan program dijalankan mulai Jun ini,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran bantuan makanan asas “#SmartSelangor Food Stamp” di Dewan Seri Bernam, di sini.

Katanya, setiap bulan Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan bernilai RM50 berbentuk barangan keperluan asas kepada 100 keluarga di setiap DUN di negeri itu.

“Ia bersesuaian dengan rakyat kini dibebani kos sara hidup tinggi.

“Inisiatif ini disambut baik rakyat Selangor,” katanya.

Dalam majlis itu, Menteri Besar menyampaikan bantuan kepada 100 keluarga dari DUN Sungai Panjang dan 100 keluarga (DUN Sekinchan).

EZY

Smart Selangor Food Stamp : Program bantuan makanan asas pertama di Malaysia


Smart Selangor Food Stamp adalah program bantuan makanan asas pertama diadakan di Malaysia -MB

Categories
SELANGOR

Smart Selangor Food Stamp: Program bantuan makanan asas pertama negara

SUNGAI BESAR 20 MEI: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata program bantuan makanan asas adalah yang pertama di Malaysia.

Beliau berkata demikian semasa Program Bantuan Makanan Asas ‘Selangor Food Stamp’ di Dewan Seri Bernam di sini.

IMG_6031Katanya, program itu terkandung dalam Belanjawan 2016 dan dirancang pada tahun ini bermula Jun ini di seluruh DUN.

Ikuti liputan TV Selangor yang membawakan SIARAN LANGSUNG Majlis Pelancaran Program Bantuan Makanan Asas “#SMARTSELANGOR FOOD STAMP” 2016.

IMG_6098

Laporan Lanjut Bakal Menyusul

Categories
SELANGOR

SIARAN LANGSUNG: MB lancar “#SmartSelangor Food Stamp”

SUNGAI BESAR 20 MEI: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dijadualkan merasmikan Program Bantuan Makanan Asas ‘Selangor Food Stamp’ di Dewan Seri Bernam di sini, pagi ini.

Sebelum ini, dalam Belanjawan 2016 sejumlah RM3 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program itu yang memfokuskan kepada usaha membantu rakyat termiskin di seluruh negeri.

Food StampMelalui program itu lebih 5,000 keluarga termiskin dianggarkan layak menerima bantuan makanan percuma itu.

Ini merupakan program terbaru di bawah Dasar Smart Selangor yang peduli hal kebajikan rakyat.

TV Selangor membawakan SIARAN LANGSUNG Majlis Pelancaran Program Bantuan Makanan Asas “#SMARTSELANGOR FOOD STAMP” 2016.

IMG_6018

EZY

 

Categories
SELANGOR

Selangor Food Stamp dijangka bermula Jun 2016

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 MAC: Program bantuan makanan asas ‘Selangor Food Stamp’ dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya sebelum Ramadan pada Jun depan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata program terbabit masih di peringkat perbincangan dan pengumpulan input daripada semua pihak.

DaroyahKatanya, sejumlah RM3 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program itu yang memfokuskan kepada usaha membantu rakyat termiskin di seluruh negeri.

“Sasaran kita adalah bagi memastikan golongan ini mendapat bantuan makanan tanpa berlapar.

“Kita menyasarkan lebih 5,000 keluarga termiskin layak menerima bantuan makanan percuma itu,” katanya menjawab soalan mulut ADN Taman Medan, Haniza Talha pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Pada masa sama, Daroyah berkata, program terbabit berbeza dengan konsep program Jom Shopping ketika perayaan.

Sebaliknya, Food Stamp memberi kupon makanan kepada peserta berkelayakan setiap bulan untuk ditebus di pusat khidmat atau pasar raya terpilih.

SELANGOR FOOD STAMP“Melalui kupon itu, mereka boleh menuntut makanan jenis kering dan kita akan putuskan nanti sama ada di pusat khidmat atau kedai runcit yang kita jadikan ‘rakan’ dalam program ini,” katanya.

Sebelum ini, Daroyah mahu setiap Ahli Dewan Negeri (ADN) menyenaraikan keluarga termiskin di kawasan masing-masing sebelum layak menerima sumbangan itu setiap bulan.

Ia adalah program terbaru di bawah dasar Smart Selangor yang peduli hal kebajikan rakyat.

-AA-

Categories
SELANGOR

Rakyat sambut baik program ‘Selangor Food Stamp’

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 MAC : Inisiatif Kerajaan Negeri memperkenalkan program ‘Selangor Food Stamp’ untuk membantu rakyat termiskin di Selangor diterima baik banyak pihak.

Kakitangan awam, Norah Mansor, berkata langkah itu mampu membantu rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

DSC_7051Katanya, ia turut mengambil kira bebanan dan tekanan ekonomi di bawah kegagalan pentadbiran Putrajaya.

“Memandangkan taraf dan kos kehidupan semakin meningkat, setidaknya bantuan makanan percuma ini dapat menampung perbelanjaan harian seisi rumah setiap bulan.

“Tentunya dengan bantuan ini rakyat yang terkesan dengan GST juga dapat dikurangkan kerana sejak pelaksanaan cukai ini, harga barangan di pasaran melambung tinggi dan menambah beban rakyat,” katanya kepada SelangorKini.

DSC_7055Pekerja swasta, Hamzah Harip pula menyifatkan program itu membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan masyarakat termiskin juga berhak menikmati kehidupan lebih baik.

“Komitmen dan galakan daripada Kerajaan Negeri untuk membantu golongan rakyat termiskin tidak pernah terhenti.

“Banyak progam kebajikan dilaksanakan bagi memastikan golongan ini tidak tercicir dan sentiasa dibantu,” katanya.

Sementara itu, Norhaisyam Ahmad Zaiton pula menyarankan supaya skim itu menetapkan paras gaji minima tertentu bagi kelayakan golongan penerima bantuan terbabit.

DSC_7050“Keberkesanan program ini sebaiknya diperluaskan lagi melalui peruntukan lebih besar dan tidak terhad kepada sebulan sekali.

“Mungkin juga ia boleh dipertingkat secara menyeluruh kepada rakyat berpendapatan RM2,000 ke bawah pula selepas ini,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3 juta bagi pelaksanaan program itu dengan menyasarkan 5000 keluarga bakal menikmati manfaat.

-AA-

‘Selangor Food Stamp’ : Makanan percuma bantu rakyat miskin

Program ‘Selangor Food Stamp’ yang memfokuskan kepada usaha membantu rakyat miskin di seluruh negeri dengan menerima bantuan makanan percuma.

Categories
SELANGOR

Selangor Food Stamp, kupon makanan percuma buat rakyat

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 MAC : Sejumlah RM3 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program ‘Selangor Food Stamp’ yang mefokuskan kepada usaha membantu rakyat termiskin di seluruh negeri.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata lebih 5,000 keluarga termiskin dianggarkan layak menerima bantuan makanan percuma itu.

Daroyah“Ia sedang dalam proses untuk kita lancarkan dan sekarang mengambil masa sedikit untuk kita mengemaskini segala perancangan serta pelaksanaan selanjutnya.

“Dalam tempoh ini, kita minta setiap DUN senaraikan keluarga termiskin di kawasan masing-masing sebelum layak menerima sumbangan itu setiap bulan,” katanya ketika dihubungi.

Ini merupakan program terbaru di bawah Dasar Smart Selangor yang peduli hal kebajikan rakyat.

Daroyah berkata, peserta yang berkelayakan akan diberi kupon makanan setiap bulan untuk ditebus di pusat khidmat atau pasaraya terpilih dalam program itu nanti.

“Melalui kupon itu, mereka boleh menuntut makanan jenis kering dan kita akan putuskan nanti sama ada di pusat khidmat atau kedai-kedai runcit yang kita jadikan ‘rakan’ dalam program ini,” katanya.

-nR-