Categories
SELANGOR

Seni budaya ilmiah tampil kelainan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 3 MAC: Seni budaya berkonsepkan ilmiah berjaya menarik anak muda ke program Minggu Inspirasi Nurasi dan Apresiasi (MINDA) anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di LAman Seni, Seksyen 7, Shah Alam pada 27 Februari lalu.

Pegawai Komunikasi Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata program itu merupakan inisiatif MBSA membawa masyarakat khususnya belia menghayati keindahan seni budaya yang berkonsepkan hiburan secara ilmiah.

IMG_7199“Program ini merupakan program alternatif untuk membantu semua pihak dalam mengangkat budaya dan hiburan Islam sebagai salah satu tradisi dan upaya dalam menyumbang kepada pembangunan insan.

“Ia turut memberi fokus terhadap hiburan berdasarkan kekeluargaan dengan menyampaikan mesej yang positif disamping memperkasakan agenda Kota Seni Shah Alam,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, turut hadir memeriahkan program personaliti dan penceramah tanah air seperti Ustazah Isfadiah Dasuki, Dr Mir Hazil Azran Ramli, Imam Muda Hassan, Daqmie, The Muhabbain serta beberapa artis lain.

“Mereka diberi peluang mengikuti slot dakwah santai dan tayangan video dakwah sebagai perkongisan ilmu yang bermanfaat.

“Selain itu, program MINDA ini juga mempersembahkan pelbagai jenis genre seni seperti Program Ekspresi Bakat yang melibatkan seni lakonan, puisi, nyanyian dan juga persembahan buskers,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.