Categories
SELANGOR

Sultan sambut baik jadikan Selangor hab pendidikan serantau

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 MAC: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai pusat kecemerlangan dan hab pendidikan serantau.

Titah Baginda Sultan, Kerajaan Negeri juga perlu memantapkan unsur kerohanian dalam setiap kecemerlangan pendidikan yang ingin dicapai.

DNS 2016“Disamping berusaha mencapai kecemerlangan pendidikan, Selangor jangan terjerumus kepada gejala disebutkan seorang Profesor, Harry Lewis sebagai ‘excellence without a soul’.

“Falsafah pendidikan bersepadu berteraskan gabungan antara kepakaran, ketrampilan dengan pegangan kepada prinsip dan nilai murni penting melahirkan generasi baru bertanggungjawab dan mampu membina tamadun,” titah Baginda Sultan.

Baginda Sultan menyatakan demikian semasa Istiadat Perasmian Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke 13, di sini, Tahun 2016 di sini, hari ini.

Baginda Sultan juga bertitah, Selangor sebagai sebuah negeri industri perlu mengembangkan pendidikan vokasional bagi melahirkan lebih tenaga mahir secukupnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.