Categories
SELANGOR

RM44 juta tingkat prasarana UNISEL

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 MAC: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyambut baik langkah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM44 juta bagi meningkatkan prasarana di Universiti Selangor (UNISEL).

Titah Baginda Sultan, langkah itu mampu membawa institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Selangor itu berada di landasan tepat bagi menuju ke arah lebih cemerlang.

DNS 2016“Kerajaan Negeri bukan sahaja bertanggungjawab menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti, bahkan menyediakan ruang untuk masyarakat mendapat peluang pendidikan.

“Justeru, Beta berkenan dengan keputusan Kerajaan Negeri yang memperuntukkan sejumlah peruntukan besar bagi meningkatkan prasarana universiti dan meletakkannya di atas landasan menuju kecemerlangan.

“Peruntukan tambahan RM44 juta kepada UNISEL memberdayakan universiti tersebut demi memperkukuhkan kedudukan Negeri Beta sebagai negeri perdana pendidikan tinggi,” titah Sultan Sharafuddin.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Perasmian Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke 13, di sini, Tahun 2016 di sini, hari ini.

Titah Baginda Sultan, Selangor perlu bersedia menghadapi cabaran masa hadapan dengan menyediakan tenaga kerja berpengetahuan dan mahir yang dapat meningkatkan produktiviti serta mempunyai daya saing yang tinggi.

Sultan Sharafuddin juga mahu supaya graduan universiti bukan sahaja menguasai kelayakan akademik tetapi diupayakan dengan kemahiran ‘soft skills’ dan kapasiti intelek untuk berdepan cabaran dalam pasaran.

“Berdasarkan tuntutan ini, program ‘Academic Boot Camp’ yang dilaksanakan Kerajan Negeri mampu menggilap potensi dan kebolehan graduan meninggkatkan tahap kebolehpasaran mereka.

“Program ini signifikan sebagai jambatan menghubungkan sektor pendidikan tinggi dengan pasaran pekerjaan sekaligus memenuhi keperluan dan tuntutan gagasan ‘Smart Selangor,” titah Baginda Sultan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.