Categories
NASIONAL

Surat makluman sidang media Tun M palsu

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 MAC : Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli menafikan penyebaran surat dikeluarkan melalui pejabatnya mengenai satu sidang media khas yang diadakan Tun Dr Mahathir Mohamed di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Menulis di Twitter, Ahli Parlimen Pandan itu berkata penyebaran mengenainya adalah palsu dan dibuat oleh pihak tertentu dalam keadaan negara kini berdepan kemuncak kemelut politik.

Surat palsu“Setiap kali ada drama politik, tandatangan saya tiba-tiba laku. Fanboy @ahmadmaslan mesti buat surat palsu,” tulisnya.

Maklumat surat berkenaan mendedahkan kononnya, bekas Perdana Menteri itu bakal mengadakan sidang media di pejabat KEADILAN bagi membuat pengakuan berhubung fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia turut mendedahkan kononnya beberapa bekas Pegawai Tinggi Polis dan Cawangan Khas akan hadir dalam sidang media tersebut.

Ini bukan pertama kalinya edaran surat palsu yang ditandatangani Naib Presiden KEADILAN itu.

Tahun lalu, satu surat palsu berkenaan pengumuman pimpinan KEADILAN untuk mengadakan pilihan raya negeri Selangor juga disebarkan kepada umum.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.