Categories
NASIONAL

Tun M: Umno kini umpama ‘parti Najib’

OLEH : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 MAC: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Umno ketika ini adalah ‘parti Najib’ kerana berfungsi selaku pihak berusaha mengekalkan Datuk Seri Mohd Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri.

Beliau yang meninggalkan Umno turut mendakwa parti terbabit tidak lagi mendapat sokongan ramai dan hanya disokong segelintir pihak berkepentingan.

CP2A5038“Umno sudah tumbang, tiada lagi Umno yang ada parti Najib.

“Tujuannya semata-mata untuk memelihara Najib,” katanya dalam sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, semalam selepas program Kongres Rakyat.

Deklarasi Rakyat dimeterai antara pelbagai pihak termasuk Pakatan dalam usaha menyingkirkan pentadbiran kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang didakwa melakukan pelbagai penyalahgunaan kuasa dan kemerosotan ekonomi.

Berhubung sokongannya terhadap Najib sebelum ini, katanya, ia berkait rapat dengan bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein yang menyokongnya sebelum ini.

Mengulas lanjut, beliau mengakui kesilapan dalam sistem pentadbiran ketika ini berpunca daripada kepimpinan kerajaan terdahulu termasuk dirinya.

“Pada masa Abdullah (sebagai Perdana Menteri), saya bertanggungjawab meminta Najib dinaikkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Ia adalah kesilapan saya dan juga orang lain,” katanya.

Perdana Menteri selama 22 tahun itu berasa yakin sekiranya Perdana Menteri baru dilantik, kesilapan berlaku kini tidak akan diulangi lagi.

“Tetapi Najib telah melakukan sesuatu yang amat buruk di mana rakyat kini bertindak melakukan deklarasi bagi menggantikannya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.