Categories
SELANGOR

UNISEL: Pengalaman Mehmet Durakovic perlu dimanfaat bangunkan sukan

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 MAC: Kerjasama antara Universiti Selangor (UNISEL) dengan bekas jurulatih pasukan bola sepak Liga Super Selangor, Mehmet Durakovic dijangka mampu memberi impak positif kepada pembangunan sukan di Selangor khususnya bagi sukan bola sepak sekiranya dilaksanakan.

Pengarah Pusat Sukan UNISEL, Dr Mohd Norazwan A Bakar, berkata idea membawa Mehmet ke UNISEL timbul apabila Mehmet melakukan kunjungan hormat ke UNISEL sebelum menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah pada penghujung tahun lalu.

Kampus UNISEL“Ini peluang baik dan boleh dikembangkan pada masa akan datang. Cadangan ini (menjalin kerjasama dengan Mehmet) boleh dipanjangkan kepada pihak pengurusan, kalau langkah ini boleh memberi impak baik kepada pembangunan bola sepak di Selangor khususnya, ini perkara baik yang boleh dibincangkan.

“Bila ada proses kerjasama khususnya terutama dalam bidang bola sepak kerana apa yang lebih penting kita cuba melahirkan seorang pemain yang bukan sahaja cerdik di padang tetapi mempunyai akademik yang baik. Ini yang lebih utama.,” katanya.

Dr Mohd Norazwan berkata demikian ketika ditemui SelangorKini di kampus utama UNISEL, di sini, baru-baru ini.

MehmetKata Dr Mohd Norazwan, Mehmet merupakan seorang jurulatih yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas yang boleh dimanfaatkan bagi kemajuan sukan di negeri itu.

Katanya lagi, selain melakukan kunjungan hormat, secara tidak langsung kehadiran Mehmet turut membantu mempromosikan program Diploma Pengurusan Industri Sukan yang ditawarkan di UNISEL.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.