Categories
NASIONAL

Usul dikemuka bincang kanak-kanak terabai

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 21 MAC: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi membincangkan isu 162 kanak-kanak didakwa terabai di rumah perlindungan di Kuantan.

Usul itu dibawa di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) kerana ia berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

PARLIMEN MALAYSIAKatanya, pusat perlindungan kanak-kanak ini di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengabaian kanak-kanak ini dimaklumkan seorang sumber.

“Saya pergi untuk menziarahi pusat jagaan ini semalam. Namun selepas 30 minit menunggu saya tidak dibenarkan masuk.

“Alasan diberikan adalah saya kena kemukakan surat bertulis kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen.

Kejadian itu turut dilaporkan sebuah akhbar pada 18 Mac lalu.

Beliau difahamkan Exco Kerajaan Negeri Pahang turut mengadakan lawatan ke rumah kebajikan itu semalam.

Jelas Fuziah, usul iru hanya diketahui sama ada diterima atau ditolak pada pagi Rabu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.