Categories
SELANGOR

Wanita disaran sertai program dianjur PWB tingkat ekonomi

OLEH : SYASYA SUFIAN

SERI SETIA, 20 MAC: Golongan wanita disarankan untuk bersama-sama terlibat dalam program dianjurkan Pusat Wanita Berdaya (PWB) bagi meningkatkan pendapatan dan ekonomi keluarga.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata pelbagai program diwujudkan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan pendapatan keluarga terutama melihat ekonomi negara yang penuh cabaran.

PWB“Aktiviti dilaksanakan berlandaskan ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti program masakan, jahitan dan kraf tangan untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta memberdayakan wanita,” katanya.

Dr Daroyah berkata demikian semasa Sambutan Hari Wanita anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Seri Setia di Padang Permainan Desa Mentari, Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri ingin menyaksikan kejayaan wanita di negeri itu dalam menimba ilmu dan pendapatan terus meningkat.

Program Sambutan Hari Wanita diadakan meriah seawal jam 7.30 pagi dengan Senaman Zumba diikuti pertandingan solekan antara ibu dan anak, pertandingan masakan spontan dan pelbagai acara lain.

Turut hadir memeriahkan majlis Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah dan Ahli Majlis MBPJ, Halimey Abu Bakar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.