Categories
NASIONAL

YDPA rasmi Istiadat Pembukaan Mesyuarat Parlimen Ke-13

KUALA LUMPUR, 7 MAC : Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen Ke-13 hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berserta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah pada jam 10 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Parlimen Malaysia 01Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian menerima sembah ‘Hormat Diraja’ daripada Mejar Mohd Eqram Mohd Rosli yang mengetuai barisan kawalan keselamatan utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Selepas itu lagu ‘Negaraku’ dimainkan oleh pancaragam Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diikuti tembakan meriam 21 das.

Selesai istiadat tersebut Tuanku Abdul Halim diiringi ke Bilik Diraja untuk sesi bergambar sebelum ke Dewan Rakyat bagi menyampaikan titah ucapan perasmian.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 20 hari hingga 7 April sementara Dewan Negara dari 18 April hingga 4 Mei selama 11 hari.

TVSelangor membawakan siaran langsung yang boleh dilayari diĀ http://bit.ly/1X5JYjK

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.