Categories
SELANGOR

600 anak bakau ditanam, pulihara biodiversiti marin

OLEH : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 28 APR: Kira-kira 600 anak pokok bakau berjaya ditanam di Sementa, Klang menerusi kerjasama Jabatan Perikanan dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, baru-baru ini.

Program Penanaman Semula Paya Bakau Bersama Komuniti Nelayan (Sukarelawan Perikanan-Super) itu bertujuan memulihara kawasan bakau bagi meningkatkan biodiversiti ekosistem marin yang kini dilihat semakin membimbangkan.

TANAM BAKAU KOMUNITI NELAYANSelain itu, ia juga dianjurkan bagi mewujudkan zon penampan semula jadi untuk mengurangkan atau mencegah hakisan pantai oleh ombak, angin dan arus di pinggir pantai kawasan berkenaan.

Sekurang-kurangnya 50 peserta mengambil bahagian termasuk komuniti nelayan di kawasan itu

Program sehari itu turut dihadiri Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.