Categories
SELANGOR

70 ‘Mat Motor’ santuni 40 asnaf hulur sumbangan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SUNGAI BESAR, 9 APR: Sebanyak 70 motor menyertai Program Gathering Mat Motor Anak Selangor ke 40 rumah asnaf untuk menyampaikan sumbangan bantuan.

Program dianjurkan oleh Persatuan Permotoran Roda Dua Malaysia (PPRD) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Sungai Panjang.

Program Mat Motor serah sumbangan di Dun Sungai Panjang (ASRI) (2)Penganjur, Arban Jai @ Mohd Rizal Abd Raman, berkata sumbangan diberi berbentuk keperluan harian seperti beras bagi meringankan beban golongan itu.

“Program ini kita buka kepada semua ahli kelab motosikal untuk sertai jelajah ziarah asnaf dan acara lain tanpa dikenakan sebarang bayaran.

“Tujuan utama penganjuran ini adalah untuk memberikan imej positif kepada masyarakat tentang mat motor atau dikenali mat rempit kerana terlalu banyak perspektif yang buruk perlu kita ubah.

“Dengan adanya program sebegini kita berharap dapat mengubah pandangan buruk kerana masih banyak aktiviti yang positif mat motor kepada masyarakat,” katanya sewaktu Progam Gathering Mat Motor Anak Selangor di Kg Desa Parit 16, Sungai Besar, di sini hari ini.

Program Mat Motor serah sumbangan di Dun Sungai Panjang (ASRI) (1)Katanya, sokongan dan galakan amat diperlukan daripada pimpinan, Kerajaan Negeri, komunit kelab dan masyarakat untuk anak muda terus bersemangat sertai program kemasyarakatan.

Selain acara jelajah ziarah asnaf turut diadakan pertandingan auto show yang melibatkan lapan kategori dan pertandingan mencari skru dalam tepung.

Lebih menarik, diadakan forum yang bertajuk ‘Rempit Ke Syurga’ dengan kehadiran para panel dari Aktivis Dakwah dan Permotoran, Ijam Medicine dan Pengarah Alternative Riding Club (ARC) Selangor, Ustaz Ahmad Nazri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.