Categories
SELANGOR

70 ‘Mat Motor’ santuni 40 asnaf hulur sumbangan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SUNGAI BESAR, 9 APR: Sebanyak 70 motor menyertai Program Gathering Mat Motor Anak Selangor ke 40 rumah asnaf untuk menyampaikan sumbangan bantuan.

Program dianjurkan oleh Persatuan Permotoran Roda Dua Malaysia (PPRD) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Sungai Panjang.

Program Mat Motor serah sumbangan di Dun Sungai Panjang (ASRI) (2)Penganjur, Arban Jai @ Mohd Rizal Abd Raman, berkata sumbangan diberi berbentuk keperluan harian seperti beras bagi meringankan beban golongan itu.

“Program ini kita buka kepada semua ahli kelab motosikal untuk sertai jelajah ziarah asnaf dan acara lain tanpa dikenakan sebarang bayaran.

“Tujuan utama penganjuran ini adalah untuk memberikan imej positif kepada masyarakat tentang mat motor atau dikenali mat rempit kerana terlalu banyak perspektif yang buruk perlu kita ubah.

“Dengan adanya program sebegini kita berharap dapat mengubah pandangan buruk kerana masih banyak aktiviti yang positif mat motor kepada masyarakat,” katanya sewaktu Progam Gathering Mat Motor Anak Selangor di Kg Desa Parit 16, Sungai Besar, di sini hari ini.

Program Mat Motor serah sumbangan di Dun Sungai Panjang (ASRI) (1)Katanya, sokongan dan galakan amat diperlukan daripada pimpinan, Kerajaan Negeri, komunit kelab dan masyarakat untuk anak muda terus bersemangat sertai program kemasyarakatan.

Selain acara jelajah ziarah asnaf turut diadakan pertandingan auto show yang melibatkan lapan kategori dan pertandingan mencari skru dalam tepung.

Lebih menarik, diadakan forum yang bertajuk ‘Rempit Ke Syurga’ dengan kehadiran para panel dari Aktivis Dakwah dan Permotoran, Ijam Medicine dan Pengarah Alternative Riding Club (ARC) Selangor, Ustaz Ahmad Nazri.

EZY

Categories
SELANGOR

‘Mat Motor’ turun padang laksana kerja amal

OLEH : SYASYA SUFIAN

SUNGAI BESAR, 10 APR: ‘Mat motor’ atau lebih dikenali umum dengan nama ‘Mat Rempit’ sering kali diberi tanggapan buruk masyarakat namun beberapa persatuan mat motor di sini giat melaksanakan aktiviti amal kepada yang memerlukan.

Peserta, Shahrizal Abd Hamid, 35, berkata program jelajah ziarah asnaf anjuran Persatuan Permotoran Roda Dua Malaysia (PPRD) memberi sesuatu tanggapan baru masyarakat terhadap anak-anak muda berminat dalam permotoran di negeri itu.

Program Mat Motor serah sumbangan di Dun Sungai Panjang (ASRI) (3)“Masyarakat lebih yakin tidak semua Mat Motor jahat seperti diuar-uarkan dalam sosial media.

“Selain itu, program sebegini juga dapat menarik lebih ramai anak muda yang meningkat naik untuk turut serta dalam persatuan kami daripada membuang masa dan membuat perkara tidak berfaedah,” katanya kepada Selangor Kini.

Dia berkata demikia sewaktu Progam Gathering Mat Motor Anak Selangor di Kg Desa Parit 16, Sungai Besar, di sini hari ini.

Sementara itu, Azhanyzam Zakari, 40, berkata, program itu secara tidak langsung melahirkan anak muda yang lebih prihatin dan bersifat kasih sayang terhadap isu kemasyarakatan.

Program Mat Motor serah sumbangan di Dun Sungai Panjang (ASRI) (2)“Mereka dapat didik diri untuk lebih berdisiplin dan memupuk sifat rasa simpati terhadap masyarakat sekeliling.

“Selain itu, sokongan orang ramai, media dan kerajaan amat penting membantu komuniti dan kelab motosikal menjayakan lagi suapya lebih ramai anak muda sertai disamping dapat berdakwah kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Yusof Abd Kadir, 24, berkata tidak semua anak muda yang minat pada permotoran adalah jahat kerana apabila ada sesetengah pihak yang buat semua mat motor dipandang serong.

“Ini adalah program kedua yang dijayakan dan Inshaallah bulan depan kita ke Kuala Lumpur untuk membantu golongan gelandangan pula,” katanya.

EZY