Categories
SELANGOR

Dapatkan barangan terpakai percuma di #ECO Free Market

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 APR: Golongan memerlukan berpeluang mengambil barang terpakai secara percuma di  anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 22 April ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad, berkata program sulung ini bertujuan memperkenalkan konsep ‘Free Market’ kepada orang ramai.

Katanya, ia juga merupakan alternatif bagi mengelakkan pembaziran serta mengurangkan pembuangan barangan terpakai ke tapak pelupusan.

MBSA“Penyumbang akan membawa barang sumbangan ke tapak program dan mendermakan barangan atau perkhidmatan secara percuma kepada pengunjung.

“Sekiranya berminat, pengunjung hanya perlu meminta izin untuk mengambil barang itu. Namun, diingatkan untuk mengambil barang mengikut keperluan sahaja,” katanya dalam kenyataan.

Bertempat di Taman Sukan Lasak Seksyen 13, Shah Alam, program akan bermula jam 9 sehingga 11 pagi.

Shahrin berkata, seramai 120 orang anak yatim di bawah kawasan pentadbiran MBSA dibawa bagi memilih dan mengambil barang diperlukan.

Katanya, pengunjung juga dikehendaki membawa ‘shopping bag’ sendiri kerana beg plastik tidak disediakan.

“Antara barangan boleh disumbangkan adalah pakaian, aksesori, dekorasi hiasan rumah, permainan kanak-kanak, alat elektronik, alat tulis dan bahan bacaan.

“Barangan seperti CD atau DVD cetak rompak, barangan haram atau tidak bermanfaat adalah dilarang sama sekali.

“Ingin ditegaskan juga, tiada jualan, belian dan sistem barter dibenarkan sepanjang program ini,” katanya.

Untuk menjadi sukarelawan atau sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Komuniti di talian 013-393 7154 (Shahrul Nizam) atau 016-296 9355 (Hafizah).

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.