Categories
SELANGOR

Dua premis pusat snuker dan judi online digempur

OLEH: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 19 APR: Sekali lagi dua premis pusat snuker dan judi online diserbu Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Bandar Baru Selayang, pada 14 April lalu.

Pegawai Perhubungan Awam MPS, Ahmad Fauzi Ishak, berkata itu adalah operasi kedua tahun ini selepas mengarahkan tutup pusat snuker di Selayang.

“Pemilik premis dikenakan kompaun RM25,000 setiap satu selepas menjalankan operasi judi online tanpa kebenaran.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS)“Premis itu beroperasi sejak Disember lalu. Tindakan tegas perampasan barangan turut dikenakan termasuk set komputer, meja snuker, mesin slot dan mesin dart dianggarkan bernilai lebih RM10,000,” katanya.

Katanya, MPS tidak meluluskan sebarang lesen kepada mana-mana premis yang ingin menjalankan aktivit perjudian online.

“Walaupun, pusat snuker ada membuat permohonan lesen Februari lalu namun tiada kebenaran dikeluarkan MPS.

“Kesalahan menjalankan aktiviti perjudian atas online adalah di bawah Akta Pusat Siber dan Kafe Siber,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.