Categories
SELANGOR

MBPJ sedia perkhidmatan Bas Komuniti Percuma ke PPUM, Klinik Kesihatan

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 APR : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menambah baik perkhidmatan bas percuma di kawasan itu dengan menyediakan bas komuniti percuma untuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Klinik Kesihatan.

Tawaran perkhidmatan dibuka tiga hari seminggu dengan perjalanan secara terus pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.

12994587_451597068370399_6853077278758781001_nDua sesi perjalanan bas terus beroperasi dari Klinik 1Malaysia Jalan PJS6A Kampung Lindungan Petaling Jaya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 7 pagi.

Manakala bagi perjalan balik dari PPUM ke Klinik 1Malaysia Kampung Lindungan Petaling Jaya, operasi perkhimatan dibuka seawal jam 2.00 petang kepada masyarakat yang memerlukan.

Ini merupakan inisiatif dan usaha berterusan pihak MBPJ mengangkat gagasan murni kerajaan negeri membangunkan Smart Selangor yang peduli.

Orang awam disaran menggunakan perkhidmatan ini bagi kepentingan dan manfaat bersama.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.