ECUADOR 17 APR: Satu gempa bumi kuat dengan kekuatan 7.8 magnitud melanda Ecuador, menurut laporan agensi pemantau gempa Amerika Syarikat USGS pada Sabtu.
Ia memaksa amaran tsunami dikeluarkan oleh pihak berkuasa kawasan perairan di Ecuador.
“Berdasarkan petujuk awal, ancaman ombak Tsunami berkemungkinan berlaku di sekitar 300 kilometer dari pusat gegaran ,” lapor Pusat Amaran Tsunami Pasifik.
Dua gempa bumi menggegarkan kawasan sama sebenarnya, cuma berselang 11 minit. Gempa pertama berukuran 4.8 dan yang kedua berukuran 7.8. – Reuters/AFP
EZY