Categories
SELANGOR

FESBUK’16 semarak masyarakat minat membaca

OLEH : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 APR: Festival Buku dan Kanak-Kanak 2016 (FESBUK’16) adalah program bermakna bagi golongan anak-anak apabila orang ramai perlu memberi sokongan ke arah melahirkan masyarakat gemar membaca.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhamad, berkata usaha digerakkan PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) bagi menganjurkan festival itu adalah langkah terpuji dan sewajarnya mendapat sokongan pelbagai pihak.

“Program dijalankan adalah sebahagian daripada pendidikan yang mana apa yang kita buat ini menjadikan anak-anak dekat dengan buku.

Karnival Buku SACC Mall (ASRI) (4)“Sememangnya ia program baik dan kemungkinan akan diadakan pada setiap tahun demi manfaat anak-anak,” katanya dalam majlis perasmian FESBUK’16 di SACC Mall, di sini, hari ini.

Mastura berucap mewakili Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam majlis dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Fakru Radzi Ab Ghani dan Presiden Persatuan Kebajikan Projek Ihsan, Mohd Aqil Zafran.

Beliau berkata, program dan festival seperti itu perlu digalakkan untuk diadakan secara kerap bagi memupuk minat dan tabiat suka membaca di kalangan masyarakat.

Katanya, saban tahun PPAS mengadakan Pesta Buku disamping pihak lain dan program seumpama itu sentiasa mendapat sambutan henbat daripada orang ramai.

“Kerajaan Negeri memang mementingkan aspek pendidikan dikalangan rakyat menerusi dasar #Smart Selangor bagi melahirkan masyarakat celik ilmu dan berpengetahuan.

“Alhamdulillah hari ini kita dapat menjalin kerjasama dengan PREC bagi menjalankan program ini,” katanya.

Sementara itu, Fakru Radzi berkata, FESBUK’16 adalah garapan bersama PPAS bersempena Hari Membaca Sedunia di mana tabiat membawa adalah anak kunci untuk pengetahuan.

“Oleh itu sangat menjadi perhatian kita untuk mengadakan suatu acara yang dapat menarik minat anak-anak kita untuk terus menjadikan membaca sebagai amalan.

“Sehubungan itu, kita menyusun pelbagai program sampingan bagi menarik golongan kanak-kanak teramsuk seisi keluarga di sepanjang festival ini,” katanya.

FESBUK’16 adalah festival mengajak masyarakat membaca sambil beramal di mana orang ramai boleh menyumbang dengan meletakkan buku mereka dalam kotak disediakan di kedua-dua belah pusat beli belah milik PREC, SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam.

Ia satu kempen Jom Bagi Buku untuk mengumpul buku terpakai bertujuan disumbangkan kepada rumah kebajikan berkaitan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.