Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air di KL dan Gombak pulih sepenuhnya

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 APRIL: Gangguan bekalan air di Kuala Lumpur dan Gombak kini pulih sepenuhnya, kata Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pengguna supaya menggunakan air secara berhemah ketika menghadapi cuaca panas luar biasa ketika ini.

Pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-885252 untuk pertanyaan atau bantuan perkhidmatan air.

catu airSebelum ini, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak sedang mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran kerja pembaikan kecemasan ke atas sistem elektrik di Rumah Pam Air Estet Kepong.

Antara kawasan mengalami gangguan di Kuala Lumpur adalah Jalan U-Thant, Jalan Ampang Hilir, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya dan Pandan Cahaya.

Selain itu, Taman Dagang, Taman Shamelin Perkasa, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Taman Putra Sulaiman, Taman Pandan Utama, Bandar Sri Permaisuri, Jalan Yaakob Latif dan Perumahan Sommerset Close.

Manakala, kawasan yang mengalami gangguan air sementara di Gombak adalah Kampung Ampang Campuran, Kampung Ampang Indah, Kampung Muhibah, Kampung Tasek Permai, Apartmen Mesra Villa, Kampung Tasek Tambahan, Taman Bukit Ampang Permai dan Taman Dagang Jaya/ Taman Halaman Indah.

Turut mengalami gangguan, kawasan Taman Faizura Ampang, Taman Permai Jaya Ampang, Taman Sri Bayu, Taman Sri Raya Ampang, Kampung Indah Permai Ampang, Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Kampung Lembah Jaya, Kampung Pinggir 3 Lembah Jaya, Taman Sri Baru dan Apartmen Desa Lembah Permai.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.