Categories
SELANGOR

Garis panduan niaga konsep ‘Food Truck’ diperkemas

OLEH : NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 29 APR: Aktiviti jualan berkonsepkan ‘Food Truck’ dibenarkan beroperasi di beberapa kawasan sekitar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Yang DiPertuanya, Datuk Nor hisham Ahmad Dahalan berkata ketika ini, MPSJ sedang menunggu garis panduan dari Kerajaan Negeri sebelum aktiviti itu dapat dilaksanakan.

MPSJ“Kita sudah mengenal pasti beberapa kawasan sesuai. Namun, kita masih menunggu garis panduan dari Kerajaan Negeri yang membolehkan peniaga dapat berniaga mengikut konsep itu.

“Kita memang ada memberi permit penjaja bergerak namun kita mahu mereka ini disekalikan di satu tempat yang lebih baik dan kebersihan juga dapat dijaga,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pelaksanaan itu akan terhad kepada 10 peniaga sahaja dan terhad kepada penguasaha makanan dan minuman halal.

“Setakat ini, tiga kawasan menjalankan aktiviti perniagaan bergerak antaranya di Jalan Kenari, USJ 1 dan SS 15,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.