Categories
NASIONAL

GHAH: Polis tak perlu tahan reman Shazni

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 APR: Polis didakwa sengaja memberikan tekanan terhadap Shazni Munir Mohd Ithnin ekoran lanjutan tahanan reman dikenakan terhadap Naib Ketua Pemuda AMANAH itu.

Penyelaras Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH), Amir Abd Hadi, berkata keputusan itu dibuat tanpa sebarang pendakwaan relevan walaupun Shazni memberikan kerjasama baik ketika hadir memberi keterangan.

Shazni“GHAH mengutuk tindakan pihak berkuasa menggunakan penahanan reman bagi menghukum mereka yang bersifat kritikal kepada penguasa.

“Pihak berkuasa boleh sahaja memanggil Shazni ke Balai Polis jika perluĀ untuk siasatan tanpa perlu menahan beliau di dalam lokap,” katanya dalam kenyataan.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman dua hari sehingga 6 April ini kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan mengajak orang ramai menggulingkan kerajaan melalui rusuhan.

Bagaimanapun Shazni menafikan kenyataan tersebut dan mendakwa ia diputarbelitkan pihak tidak bertangunggjawab.

Beliau kini disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 124C kanun Keseksaan boleh diterjemahkan bertujuan untuk memberikan tekanan dan gangguan kepada mereka yang mengkritik pimpinan negara.

Amir Abd Hadi berkata polis sewajarnya memberi tumpuan kepada aspek keamanan dan bukannya berselindung disebalik perundangan sedia ada untuk membantu agenda kerajaan.

“GHAH menyeru agar sebarang gangguan dan tekanan terhadap aktivis, kumpulan dan individu dihentikan serta merta.

“Kerajaan juga perlu berhenti berselindung di sebalik badan perundangan dan undang-undang zalim seperti Akta Hasutan 1948,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.