Categories
SELANGOR

Kawasan Hulu Langat alami gangguan bekalan air

SHAH ALAM, 1 APRIL: Beberapa kawasan di Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air sementara meskipun loji rawatan air menyediakan perkhidmatan di kawasan terbabit beroperasi sepenuhnya.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata ia ekoran permintaan dan kegunaan air tinggi semasa cuaca panas menyebabkan air simpanan di kolam takungan Cheras dan Bangi mencatat penurunan di bawah paras biasa.

Bagaimanapun, katanya, paras kolam air sedang diawasi rapi dan bekalan air kepada pengguna akan pulih secara berperingkat.

syabas“Antara kawasan dijangka mengalami gangguan bekalan air di Hulu Langat adalah Taman Juara Jaya, Taman Bukit Belimbing, Taman Sungai Besi Indah, Taman Harmoni Indah, Taman Puncak Utama dan Taman Putra Budiman.

Selain itu, ia turut membabitkan Taman Balakong Jaya, Taman Sri Timah, Taman Taming Jaya, Kawasan Industri Balakong, Kawasan Industri Selesa Jaya, Industri Balakong, Taman Taming Permai, Kawasan Industri Lifong, Juta Mines Kondominium, Jade Hill dan Kampung Baru Balakong dan lain-lain,” katanya.

Pada masa sama, Amin berkata, bekalan air kecemasan sudah dihantar kepada kawasan terlibat bagi mengurangkan kesulitan pengguna yang mengalami gangguan sementara.

Katanya, pengguna juga dinasihatkan supaya menggunakan air dengan berhemah sepanjang musim cuaca panas.

“SYABAS akan terus memantau situasi ini dan pengguna akan dimaklumkan perkembangan terkini dari masa ke masa melalui media massa, aplikasi “mySYABAS” dan laman sesawang www.syabas.com.my.

“Pengguna juga boleh menghubungi SYABAS melalui talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS 39222 untuk bantuan bekalan air,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.