Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri optimis selesai isu projek pelupusan mayat

Oleh: ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 APR: Kerajaan Negeri optimis meneliti sebarang bentuk penyelesaian membabitkan isu projek pelupusan Mayat Lotus Garden di atas Lot 4539, Mukim Kajang.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafie, berkata pihaknya akan mencari penyelesaian terbaik bersama pihak berkuasa tempatan berhubung isu berkenaan.

IMG_20160421_105531“Kita akan meneliti bantahan daripada penduduk sebelum sebarang ketetapan diambil untuk menerima atau menolak projek pembangunan ini.

“Setakat ini, itu sahaja yang diboleh ulas, namun kami di pihak kerajaan tempatan menerima secara terbuka sebarang cadangan kerana kerajaan ini adalah kerajaan yang sangat terbuka.

“Asalkan sebarang pandangan itu dibuat secara berasas dan mengikut lunas undang-undang yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum tuntutan penduduk supaya Kerajaan Negeri menghentikan projek seliaan syarikat swasta, Lotus Garden Memorial Park Sdn Bhd di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pagi ini

IMG_20160421_104837Hadir sama pada penyerahan memorandum itu adalah Pegawai Berita Pejabat Menteri Besar, Shahril Said.

Memorandum berkenaan ditandatangani Pengerusi Gabungan Penduduk daripada lapan taman perumahan terdekat sekitar projek itu.

Penduduk sebelum ini mendakwa projek itu menimbulkan ketidakselesaan dan gangguan keteteraman kerana operasi pembakaran mayat dan upacara sembahyang dibuat 24 jam sehari.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.