Categories
SELANGOR

Sistem agihan air Klang/Shah Alam & Kuala Langat ditambah baik

Oleh; NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 APR: Beberapa kawasan di sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran kerja penggantian untuk menaiktaraf kelengakapan sistem agihan.

Ketua Komunikasi Korporat, Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata kerja penggantian untuk menaiktaraf kelengkapan itu akan dijalankan dari jam 4 pagi sehingga 8 malam, pada 30 April ini.

syabassKatanya, segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja penggantian dengan segera.

“Bekalan air dijangka akan pulih dalam tempoh 12 jam sehingga 72 jam bergantung pada jarak premis daripada kolam takungan air.

“Pengguna adalah dinasihati untuk menyimpan air yang mencukupi bagi tempoh gangguan bekalan air sementara ini,” katanya dalam kenyataan.

Amin berkata, bagi meminimumkan kesulitan kepada pelanggan di kawasan yang mengalami gangguan bekalan air sementara, Syabas akan menghantar notis awal ke premis yang terlibat termasuk melalui kumpulan “Whatsapp”, Twitter (PUSPEL), Facebook (PUSPEL) dan laman web www.syabas.com.my.

Katanya, aplikasi telefon pintar “mySyabas” turut meyalur maklumat selain penghantaran khas bekalan air ke hospital, pusat dialisis dan pelanggan kurang upaya.

Antara kawasan yang terbabit adalah Pandamaran, Andalas, Bandar Botanik, Bayu Emas, Bandar Parkland, Pulau Indah dan kawasan Sijangkang.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.