Categories
SELANGOR

TAWAS: Lebih 200,000 kanak-kanak terima manfaat

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 APR: Seramai 224,794 kanak-kanak seluruh Selangor sudah menikmati manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) setakat 8 April (hari ini).

Mengikut statistik dikeluarkan TAWAS, hanya 22,348 pemohon gagal dari jumlah keseluruhan 257,538 permohonan diterima.

TAWAS (1) Jumlah itu terus meningkat berbanding 204,500 peserta Disember tahun lalu.

Daripada jumlah permohonan itu, sebanyak 3,004 terdiri daripada permohonan yang tidak lengkap dan 37 permohonan belum disemak.

Manakala, bagi status pendaftaran TAWAS mengikut pecahan bangsa pula seramai 148,912 (66 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, 43,007 (19 peratus) kaum Cina dan India seramai 26,630 (12 peratus) serta lain-lain seramai 6,245 (3 peratus).

TAWAS (2)Selain itu, mengikut tahunan bagi peserta lulus adalah sebanyak 21,324 (2008); 21,457 (2009); 22,809 (2010); 28,170 (2011); 33,512 (2012); 36,236 (2013); 34,239 (2014); 24,618 (2015) dan 2,429 (setakat April 2016).

TAWAS mula diperkenalkan Jun 2008 di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Peserta lulus layak mereka menerima RM1,500 pada usia 18 tahun.

Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Mohd Nor Mohd Zin sebelum ini, berkata pada permulaan ia diperkenalkan, sambutan agak kurang kerana tidak dapat mewar-warkan ke semua tempat.

“Bagaimanapun, tahun 2008, jumlah yang mendaftar agak sedikit sekitar 3,000 hingga 4,000 peserta. Alhamdulillah, selepas tiga tahun jumlah pendaftaran bertambah,” katanya.

Beliau berkata bagi 2016, TAWAS akan menganjurkan program ‘Jom Shopping’ bagi kelahiran tahun 2009 membabitkan 21,456 orang dengan peruntukan hampir RM1.07 juta.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.