Categories
SELANGOR

Mahasiswa UNISEL raih pingat emas IEM

Oleh: ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 20 APR: Universiti Selangor (UNISEL) sekali lagi dianugerahkan pingat emas Anugerah Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM) bagi tahun ketiga berturut-turut.

Kejayaan manis itu diraih mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Fakulti Kejuruteraan, Muhammad Assid Razif Shah Ranjit.

12998613_10153358076017493_6623577009170025973_nPengiktirafan itu diberikan menerusi penilaian beberapa projek kejuruteraan dan mekanikal yang dihasilkan mahasiswa terbabit.

Muhammad Asif menerima pengiktirafan itu di Sunway Resort Hotel dan Spa, pada 16 April lalu dengan membawa pulang pingat serta sijil penghargaan daripada IEM.

Pengiktirafan berterusan itu membuktikan UNISEL mampu melahirkan graduan berdaya saing di peringkat luar, sekali gus menepati keperluan industri.

Diharapkan kejayaan itu akan menjadi sumbang saran kepada mahasiswa UNISEL untuk lebih bergiat aktif mempamerkan kebolehan dan kemahiran diri.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.