Categories
SELANGOR

MB: Bebaskan Rafizi segera tanpa syarat

SHAH ALAM 5 APR : Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengecam penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di depan bangunan Parlimen pada hari ini.

Mohamed Azmin berkata  penahanan itu dibuat sewenang-wenangnya, salah guna kuasa polis dan penghinaan terhadap sistem demokrasi berparlimen.

Rafizi tangkap1Katanya tindakan drastik polis sebegini hanya mengukuhkan tanggapan bahawa kewibawaan undang-undang tersongsang terbalik dan institusi negara lebih berminat melindungi ‘tuan politik’ berbanding rakyat.

“Sebagai seorang ahli parlimen dipilih rakyat, adalah kewajiban Rafizi untuk mendedahkan kesalahan dan aktiviti rasuah tidak kira masa atau tempat.

“Polis sepatutnya menyiasat pesalah bukannya pemberi maklumat,” kata Mohamed Azmin dalam kenyataan media.

Sebelum ini, Naib Presiden serta Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli ditahan oleh kira-kira 10 polis sejurus keluar dari Parlimen jam 6.05 petang tadi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.