Categories
SELANGOR

MB: Daroyah kekal Exco Kesihatan

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 APR: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Dr Daroyah Alwi terus kekal sebagai Exco Kesihatan serta tiada keperluan menukar kepimpinan sedia ada kerana beliau tidak melakukan sebarang salah laku sebagai pemimpin.

Mohamed Azmin berkata sebaliknya pemimpin yang harus turun adalah mereka rasuah, terima derma, hidup bermewah dan wakil rakyat yang dipilih tetapi tidak mahu hadir untuk berbincang dan berbahas di dalam dewan.

DNS 2016“Mereka sebaliknya menggunakan sidang media, blog dan Facebook (FB). Orang seperti ini yang perlu letak jawatan dan berikannya kepada orang lain,” sindirnya di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika memberikan respon balas kepada usul penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) berkenaan wabak denggi.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri (ADN), Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsuddin Lias dalam sidang media di lobi DNS mahu Daroyah digantikan.

Beliau yang mewakili pembangkang mendakwa Daroyah tidak menangani dengan baik masalah denggi di negeri itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.