Categories
SELANGOR

MBSA lancar SEDA-10 lantik 24 Ahli Majlis bersama perangi Denggi

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 APR: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terus progresif dalam usaha memerangi denggi dengan melancarkan Program SEDA-10 (Cari dan Musnah Aedes 10 Minit) peringkat Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Datuk Bandarnya, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata Ahli Majlis dilantik sebagai pengerusi untuk merangka dan melaksana aktiviti pembanterasan Aedes dan Denggi di kawasan mereka.

Katanya, antara program penting termasuk memberi peringatan kepada penduduk menjalankan pemeriksaan di premis masing-masing selama 10 minit.

Daroyah Denggi (2)“Ahli Majlis yang bertindak sebagai pengerusi akan melantik jawatankuasa dan bertindak memastikan lokaliti teruk berubah lebih baik kepada kosong.

“Ini akan menjadi KPI (key performance indicator) kepada mereka, MBSA dan seterusnya kepada Kerajaan Negeri memerangi Aedes,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Terdahulu,beliau menghadiri Majlis Pelancaran Program SEDA-10 yang disempurnakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

SEDA-10Bertempat di Intekma Resort and Convention Centre, majlis turut menyaksikan seramai 24 Ahli Majlis menerima pelantikan sebagai Agen SEDA-10.

Zaharin berkata, program SEDA-10 bukan sahaja tertumpu kepada peringkat MPP, bahkan melibatkan sekolah, perkilangan dan bangunan bertingkat.

“Untuk peringkat sekolah sudah dilancarkan pada minggu lepas di Daerah Petaling dengan melibatkan 240 guru.

“Selepas ini, peringkat pekerja kilang dan juga wakil bangunan bertingkat untuk memberi kesedaran kepentingan pencegahan pembiakan Aedes,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.