Categories
SELANGOR

Menang tipis tapi tingkat keyakinan pasukan – Zainal Abidin

Oleh: HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 21 APR: Biarpun tipis, namun kemenangan dicatat Red Giants amat penting bagi meningkatkan keyakinan pasukan mengharungi perlawanan seterusnya dalam liga dengan aksi mantap.

Mengakui masih banyak kekurangan perlu diperbaiki, Ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan bagaimanapun berpuashati dengan kejayaan itu yang diyakini akan memberi motivasi untuk pemain selepas ini.

coach zainal -web3“Saya gembira kerana pemain tahu betapa pentingnya kemenangan dan menunjukkan komitmen daripada awal permainan dan disiplin baik.

“Bagi saya ini belum terbaik dan tahu pemain boleh mempamerkan peningkatan seterusnya pergi lebih jauh lagi,” katanya kepada media di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di sini, malam tadi.

The Red Giants mengalahkan Pulau Pinang 1 – 0 hasil jaringan Mauro Olivi pada minit ke 17 yang menyudahkan sepakan percuma dengan sempurna.

Mengenai gol tunggal itu, Zainal berkata, ia amat penting kerana Selangor bertindak menjaringkan gol awal kerana selama ini pasukan itu sering ketinggalan kepada lawan yang terlebih dahulu berjaya memperolehnya.

Katanya, lebih penting lagi kemenangan itu memberikan tiga mata berharga buat skuad Merah Kuning.

SELANGOR PENANG“Tidak dinafikan banyak peluang baik ketika menyerang terlepas dan kita akan melihat untuk memperbaikinya untuk memperkemaskan bahagian serangan serta yang lain.

“Tahap keyakinan pemain akan meningkat selepas ini dari satu langkah ke langkah seterusnya,” katanya.

Zainal juga berpuashati dengan persembahan cemerlang Olivi sehingga berjaya menjaringkan gol kemenangan Selangor.

“Beliau dan Hafiz Kamal mempunyai kebolehan membuat sepakan percuma dengan baik dan berhasil malam ini (tadi) dan saya juga gembira insiden membabitkan kedua-dua pemain ini sudah berakhir.

“Sekarang semua boleh fokus untuk pasukan,” katanya.

IMG_20160420_215404Sementara itu, Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abd Wahid melahirkan kekecewaan dengan kekalahan ditempuh pasukannya dalam perlawanan itu.

“Pada satu ketika kita berjaya menyaingi Selangor tetapi tidak kekal yang akhirnya Pulau Pinang ketinggalan dengan satu gol.

“Sasaran untuk meraih satu mata tidak kesampaian,” katanya hampa dengan kegagalan pasukan bagi mencipta gol penyamaan.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.