Categories
SELANGOR

Bapa terharu terima sumbangan khairat kematian anak RM1,500

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 APR: Bapa kepada tiga orang anak melahirkan rasa gembira atas keprihatinan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menghulurkan bantuan khairat kematian kepada keluarganya.

Taslim Mohd Kassim, 29 dan isterinya, Noraishah Mohd Shukri, 29 baru sahaja kehilangan anak bongsu mereka berusia lima bulan ekoran penyakit jantung dan hati menerima sumbangan RM1,500.

Taslim, peniaga daging, berkata sumbangan terbabit dihulurkan tepat pada masa kerana ia sedikit sebanyak membantu keluarganya dalam kehidupan seharian.

photo“Terima kasih kepada pihak Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Kerajaan Negeri atas bantuan ini. Kami sekeluarga sangat terharu,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui.

Beliau menyifatkan pemberian bermakna itu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

Hadir menyampaikan sumbangan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari.

Skim yang dinamakan Manfaat Khairat Kematian YAWAS itu membolehkan ibu bapa peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun menerima sumbangan RM1,500 daripada Nerajaan Negeri.

Sehingga 21 April 2016, dilaporkan seramai 211 orang ahli TAWAS meninggal dunia.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.