Categories
SELANGOR

Pekerja dan peniaga asing perlu ada lesen sah

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 27 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mensyaratkan majikan yang menggajikan warga asing sebagai pembantu kedai perlu mempunyai permit sama dengan bidang pekerjaan terbabit.

Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, berkata jika majikan ingkar, pihak Majlis akan membatalkan lesen perniagaan diberikan.

YDP MPK“Jawatankuasa akan menilai perkara ini, majikan akan diberikan nasihat, kompaun dan batal lesen jika berterusan ingkar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan MPK, di sini.

Pada masa sama, Yasid mengingatkan peniaga asing di premis Jalan Kepayang untuk memohon lesen secara sah mengikut saluran betul jika mahu meneruskan perniagaan di kawasan terbabit.

Katanya, sebanyak 144 peniaga premis dicatatkan di kawasan terbabit dengan 43 daripadanya adalah warga asing yang tidak mempunyai lesen perniagaan.

“Mereka ini sudah berniaga lebih 10 tahun. Sebelum ini, MPK tidak dapat mengesahkan mereka sebagai peniaga kerana warga asing ini kononnya dikatakan pekerja dalam sesuatu premis sedangkan mereka menyewa di kiosk.

“Ini salah satu cara MPK membasmi warga asing yang memonopoli perniagaan kerana kita tidak menggalakkan mereka berniaga.

“Namun, untuk warga asing mendapatkan lesen perniagaan itu sebenarnya sangat susah kerana syarat ketat,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.