Categories
SELANGOR

MBPJ tahan 36 warga asing tanpa permit

OLEH SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 27 APRIL: Seramai 36 warga asing tanpa permit dan dokumen sah ditahan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam operasi bersepadu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), 20 April lalu.

Datuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata empat lokasi utama menjadi sasaran pihak Majlis dalam serbuan itu adalah Pasar Pagi SS2, Pasar Pagi Sungei Way, Pasar Pagi Jalan Othman dan Pusat Bandar.

Mohd azizi mbpj“Antara bangsa yang berjaya ditangkap adalah dari Nepal, Bangladesh, Indonesia dan Myanmar.

“Operasi itu dijalankan bersama Jabatan Imigresen (JIM) dan Unit Operasi dari Jabatan Penguatkuasaan,” katanya sewaktu Mesyuarat MBPJ Bil 04/2016 di Dewan Bunga Tanjung Tingkat 1, di sini, hari ini.

Terdahulu, MBPJ turut menjalankan operasi di seluruh kawasan SS21 dengan mengeluarkan 408 kompaun lalu lintas, manakala 125 kompaun bagi kompaun bayar dan peraga dikeluarkan pihak Gordell.

MBPJ juga menjalankan tindakan tunda ke atas 13 buah kenderaan, manakala 13 kenderaan lain dikenekan tindakan kapit roda.

Operasi itu dijalankan bersama pihak Gordell dan agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota polis bantuan.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.