Categories
SELANGOR

Petaling Jaya finalis EHCC 2016

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 28 APRIL: Petaling Jaya sekali lagi terpilih sebagai finalis pertandingan Earth Hour City Challenge 2016 (EHCC 2016) anjuran World Wildlife Foundation (WWF) bersama bandar raya Melaka dan Pulau Pinang mewakili Malaysia.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mohd Azizi Mohd Zain, berkata pertandingan itu bertujuan mengiktiraf usaha kemampanan bandar hijau dilaksanakan bandar terpilih.

Katanya, MPBJ tercalon dalam kempen We Love Cities yang membolehkan masyarakat mengundi bandar kegemaran masing-masing bermula 26 April hingga 19 Jun ini.

13118910_1009371319098038_4049383744863682414_n“Sebanyak 42 buah bandar daripada 21 negara di seluruh dunia terpilih sebagai finalis dan pemenang akan bertanding bagi Global Earth Hour Capital yang akan diadakan di Quito, Ecuador pada Oktober 2016,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Azizi berkata, bagi menarik lebih banyak undian untuk Petaling Jaya, pelbagai program akan dilaksanakan sepanjang tempoh lapan minggu.

Antaranya, Program Hari Organik CETDEM & MBPJ, Program Roadshow Inisiatif Hijau SS20, Program Zumba setiap Sabtu, bermula 30 April hingga 28 Mei dan Perhimpunan Kualiti Mei 2016.

Selain itu turut diadakan program PJ Ecomobility Conference, Taklimat Pengendalian Makanan Bazar Ramadan, Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia dan Program Bazar Ramadan.

“Kita juga akan melakukan temu ramah dengan pengurusan MBPJ, Ahli Majlis, kakitangan dan penduduk berkenaan Petaling Jaya untuk dimuat naik video ke YouTube atau media sosial rasmi Majlis dan meletakkan hashtag #welovepetalingjaya dan #welovecities.

“Sebelum ini, Petaling Jaya pernah memenangi National Earth Hour Capital For Malaysia pada tahun lalu,” katanya.

Untuk undian dan maklumat lanjut, orang ramai boleh boleh layari laman web www.welovecities.org/petaling-jaya/.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.