Categories
SELANGOR

Piala FA: PKNS FC tekad atasi cabaran Perak

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 APRIL: PKNS FC akan terus beraksi cemerlang memburu kemenangan ketika menentang Perak dalam separuh akhir pertama Piala FA 15 April ini.

Pengurusnya, Mahfizul Rasydin Ahmad Rashid, berkata kemenangan penting untuk diraih sebagai bekalan selesa bagi pertemuan pusingan kedua selepas itu.

Katanya, bagi mencapai sasaran pihak pengurusan berharap pemain dapat mengekalkan rentak dan prestasi ditunjukkan sepanjang kempen Piala FA musim ini.

PKNS FC 3“PKNS FC menggangap Perak pasukan pilihan kerana The Bos Gaurus dari Liga Super dan kita dari Liga Perdana lebih selesa sebagai ‘underdog’.

“Namun, kita optimis gandingan pemain tempatan dan import dalam PKNS FC berupaya memberi keputusan diharapkan dari perlawanan itu,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Menyedari Perak akan memberikan cabaran sengit, pengurusan dan jurulatih, E Elavarasan sudah mengenal pasti kelemahan pasukan daripada persembahan terdahulu untuk diperbaiki.

Ini bagi memastikan ia tidak berulang dalam memenuhi misi pasukan melangkah lebih jauh dalam saingan berkenaan.

The Red Ant layak ke separuh akhir dengan agregat 7-2 apabila mengalahkan Sime Darby FC 4-0 dan 3-2 dalam suku akhir.

Perlawanan separuh akhir pertama akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka, 15 April manakala peringkat kedua di Stadium Perak, Ipoh, 30 April.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.