Categories
SELANGOR

Program Sinergi Mencapai Mumtaz, pupuk kejayaan masyarakat

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 APR : Usaha menyuntik semangat masyarakat untuk mengamalkan kehidupan lebih positif dipergiat menerusi penganjuran Program Sinergi Mencapai Mumtaz PSRA 2016, peringkat DUN Selat Klang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali, berkata penganjuran julung kalinya itu mensasarkan semua peringkat masyarakat setempat supaya lebih berusaha mencapai kemahuan dan impian mereka.

“Program ini dinamakan SINERGI untuk mencapai sesuatu kejayaan, kita perlukan kerjasama dari pelbagai pihak.

IMG-20160411-WA0019“Jika yang berusaha hanya dari satu pihak sahaja, kejayaan sangat susah dan mustahil untuk dicapai,” katanya ketika berucap pada program berkenaan pada 9 April lalu.

Membangkitkan semangat motivasi hadirin, Dr Halimah merujuk beberapa kisah tauladan untuk diaplikasikan kepada realiti kehidupan sebenar.

Beliau berkata, simbolik penceritaan tersebut boleh menjadi sumbang saran kepada masyarakat untuk mengamalkan kehidupan lebih positif ke arah merealisasikan impian.

Seramai 500 pelajar dari enam buah Sekolah Rendah Agama (SRA) di seluruh DUN Selat Klang iaitu SRA Jalan Hassan, SRA Kampung Delek, SRI Integrasi Al-Farabi Kampung Delek terlibat dalam program ini.

Selain itu, ia turut disertai KAFA Integrasi Darul Ulum Sungai Udang, KAFA Integrasi Nurul Ain Telok Gadong dan KAFA Integrasi Al-Hidayah Kampung Keretapi.

Program ini turut dihadiri Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Profesor Dato’ Abdul Halim Tamuri.

Beliau dalam ucapan ringkasnya menggalakkan masyarakat khususnya ibu bapa agar bijak mencorakkan kehidupan anak-anak agar selari dengan ajaran agama sebenar.

“Jadikan anak-anak sebagai aset permata kita di akhirat kelak. Didiklah mereka dengan acuan Islam supaya mereka mampu menjadi seorang berguna untuk negara dan agama pada masa hadapan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.