Categories
SELANGOR

Program Tuisyen Percuma: Inisiatif bantu rakyat miskin bandar

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 APR : Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi (SPM) 2016 berpeluang menyertai program Tuisyen Rakyat secara percuma.

Program anjuran DUN Subang Jaya itu merupakan antara insiatif yang diambil DUN Subang Jaya membantu golongan miskin bandar menikmati kemudahan pendidikan.

12973522_10154003014044034_4026176013231897619_oIa memperincikan kepada pembelajaran subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah sebagai persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan SPM, November ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeo, berkata program itu terbuka kepada pelajar SPM daripada keluarga berpendapatan rendah, sekitar kawasan Subang Jaya.

“Bantuan program tuisyen rakyat ini percuma untuk pelajar SPM di DUN Subang Jaya dan keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan RM1500 ke bawah,” katanya.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Encik Haji Hassan di talian 012-4410080.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.